Tilam/ Kusyen Mandi Bayi


Tilam Mandi Bayi
Menjadikan suasana Mandi bayi dan anda lebih menyeronokkan, relaks dan aman.
Satu pilihan dalam membantu anda untuk memandikan bayi. Permukaannya yang lembut dan selesa pada bayi sebelum menerima percikan air yang pertama.

Apa yang menjadikan Tilam Mandi Bayi sebagai satu alternatif berbanding tempat mandi yang lain.

Diperbuat daripada material yang lembut.
Tilam Mandi Bayi diperbuat daripada fabrik yang lembut dan mesra kepada kulit bayi anda. Ianya tidak kasar dan keras seperti plastik.

Menjadikan aktiviti memandikan bayi lebih mudah.
Tilam Mandi Bayi memudahkan anda memandikan bayi kecil anda yang biasanya licin dan sering membalik-balikkan badannya. Anda dengan mudah dapat memegang mana-mana anggota bayi anda, tidak perlu mengangkat atau mendukung; cukup sekadar menyusupkan tangan anda kebahagian-bahagian yang perlu dibersihkan.

Mudah untuk dibersihkan.
Tilam Mandi Bayi mudah dibersihkan. Hanya bilas dengan air bersih dan sangkutkan ia untuk dikeringkan.

Ringan dan mudah-alih.
Tilam Mandi Bayi tidak berat, menjadikan ianya mudah disimpan dan dibawa ke mana-mana.

Ciri-ciri produk.
-Sesuai untuk bayi baru lahir hingga 10 kg.
-Ringan. Berat sekitar 500gm. Saiz anggaran:  28 panjang X 18 lebar X 6 tinggi inci
-Diperbuat daripada fabrik yang lembut dan boleh regang. Luaran kain kapas dan spandex. Manakala kandungannya terdiri daripada ribuan bebola polisterin.

HARGA: RM48 tidak termasuk pos (ambil sendiri). Lokasi: Kuang, Selangor.
                 RM56 termasuk pos serta pembungkusan untuk Semenanjung Malaysia. Menggunakan parcel                                  pos biasa. Untuk lain-lain kurier, kos ditanggung oleh pembeli.

Syarat Pemulangan Semula Barang.
Ya! Barang boleh dipulangkan semula sekiranya anda mendapati barang yang diterima tidak menepati ciri-ciri yang disenaraikan. Kami akan memulangkan 100% wang anda dalam tempoh 7 hari.

Bagaimanapun ia tertakluk kepada terma dan syarat seperti berikut:
1.       Barang yang dikembalikan mestilah berada di dalam bentuk asal.
2.       Barang belum lagi digunakan, belum dibasahkan atau belum dijemur.
3.       Tidak berlaku sebarang kecacatan selepas penerimaan.
4.       Barang perlulah sampai kepada kami dalam jangkamasa 7 hari dari tarikh barang dipos oleh pihak kami.
5.       Kos penghantaran ke alamat kami adalah ditanggung pelanggan sepenuhnya.
6.       Pulangan wang adalah berdasarkan harga barangan iaitu RM48 sahaja. Kami tidak memulangkan wang kos penghantaran.
7.       Untuk alamat pemulangan semula, sila rujuk pada slip pos yang diterima. 

Harga: RM48 RM38 Tidak termasuk Pos
Status: SOLD
Kondisi: BARU

No comments:

Post a Comment