AWAS! Baca Di Sini Dulu...

1) Sesungguhnya barang-barang yang dijual di blog ini adalah barangan terpakai. Jika ada yang baru, atau macam baru, tu rezeki lah namanya....

2) Namapun barangan terpakai, sudah tentu ada kesan-kesan penggunaan. Sedangkan barang baru pun adakalanya terdapat kecacatan, inikan pula barangan terpakai. Yea tak!

3) Seboleh mungkin akan saya senaraikan sebarang kecacatan yang diketahui... tetapi adakalanya terdapat juga yang terlepas pandang. Jika rasa seperti teraniaya, maklumkanlah pada saya semula. Oh yea! Sebaik sahaja anda menerima barang, telitilah terlebih dahulu. Jika ada yang tidak kena, telefon saya dengan segera di 019-321 2605. Boleh dibawa berbincang. Nak pulang barang pun boleh. Asalkan dipulangkan dalam keadaan asal.

4) Adakalanya saya tersampaikan/ tertaip maklumat yang tidak berapa tepat berikutan kekurangan maklumat serta pengetahuan atau terujuk sumber yang tidak tepat; jadi eloklah sekiranya anda mencari, merujuk, menyelidik, membuat kajian, atau mengsurf maklumat sesuatu barangan itu sendiri, sebelum anda membuat keputusan untuk membeli.

5) Bagi yang tinggal berdekatan, sekiranya ada berkesempatan; eloklah datang dan melihat/ menilai sendiri/ COD/ COC barangan yang hendak dibeli agar anda lebih puashati; malah cara ini lebih digalakkan sangat-sangat.

8) Logo 100% SATISFACTION GUARANTEED adalah merujuk kepada kepuasan diri saya sendiri (kepuasan saya sendiri) berdasarkan keadaan atau condition sesuatu barang yang dikategorikan sebagai barangan terpakai; janganlah ianya dijadikan sebagai ukuran atau rujukan seperti barang baru. Ia juga berhubungkait dengan harga yang ditawarkan di blog ini. Dan ianya tidak terikat dengan mana-mana standard atau piawaian organisasi-organisasi atau pertubuhan-pertubuhan lain selain di blog Saudagar Kampong ini. Atau dalam bahasa rock nyer...  "Pergh! Memang puashatilah dengan kondisinya. Berpatutan dengan harganya. Namapun barang terpakai".

9) Jika ada sesiapa yang tidak setuju dengan apa yang saya nyatakan di atas... hmmm.... harap faham-faham lah yea...


No comments:

Post a Comment