1) Barang yang ditawarkan adalah berdasarkan gambar yang diiklankan oleh saya.
2) Semua harga yang ditawarkan adalah tidak termasuk kos penghantaran kecuali dinyatakan sebaliknya.
3) Sekiranya
anda sudah pasti dan memutuskan untuk membeli sesuatu barangan yang
diiklankan di sini, sila buat pembayaran penuh yea.
4) Bayaran penuh
perlu dilakukan seperti yang telah dijanjikan. Sila SMS atau Email
segala maklumat pembayaran yang telah dibuat dan sertakan NAMA PENUH dan
ALAMAT PENUH untuk tujuan penghantaran.
5) Penghantaran akan dilakukan selepas bayaran penuh dibuat dan akan dihantar keesokan harinya. InsyaAllah... tetapi jika buat pembayaran hari Sabtu, hari Isnin lah jawabnya saya akan pos.
6) Semua
penghantaran adalah menggunakan Parcel Pos Malaysia. Tetapi adakalanya saya menggunakan SKYNET dan penggunaan perkhidmatan
kurier yang lain akan digunakan sekiranya perlu atau terdapat permintaan
pelanggan.
7) Sebarang pertanyaan melalui panggilan, sms atau email BUKAN bukti pelanggan telah membuat tempahan (kecuali dinyatakan). Ini kerana adakalanya saya berbalas sms, email atau menjawab panggilan telefon dengan lebih dari satu orang dalam satu tempoh masa. Jadi, seperti biasa, sesiapa yang membuat keputusan cepat, dia lah yang punya. Tetapi jika buat keputusan cepat, sedangkan pembayaran yang ditunggu-tunggu tidak juga dilakukan (seperti yang telah dipersetujui), janganlah marah jika saya katakan barang itu sudah menjadi milik orang lain yea.
8) Saya tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan, kehilangan atau kehilangan bahagian semasa proses penghantaran pos. Di luar kawalan saya tu...
9) Barang yang TELAH dijual boleh ditukar atau dipulangkan. Dengan syarat: Ianya berada dalam keadaan ASAL. Dan dipulangkan dalam tempoh 7 hari dari tarikh saya mengepos barang. Pendek kata, sebaik sahaja anda menerima barang, belek-beleklah dengan segera. Adakah info barang yang diterima sama atau tidak sama seperti yang disampaikan? Jika anda pasti ianya tidak sama, atau dengan kata lain anda rasa seperti TERANIAYA, telefon atau smslah saya dengan kadar segera. Kemudian pos kepada saya semula dengan kadar segera. Jangan peram kat rumah plak. Kalau macam tu tak boleh lah yea. Ha..untuk kos pos tu pula, sendiri tanggung neh!
No comments:
Post a Comment